Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,724

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5 Selamat, 4 Hilang Perahu Panjang Karam Di Belaga

3:27pm 23/12/2015 Pak Roshan 637 views Mutakhir,Nasional
Keadaan mayat yang ditemui selepas perahu panjang yang dinaiki karam di Long Buyun di Daerah Belaga lewat petang semalam. - Foto BERNAMA

Keadaan mayat yang ditemui selepas perahu panjang yang dinaiki karam di Long Buyun di Daerah Belaga lewat petang semalam. – Foto BERNAMA

SIBU – Lima terselamat manakala empat lagi masih hilang selepas perahu panjang yang dinaiki mereka karam di Long Buyun di Daerah Belaga lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Melay Tingom yang dihubungi berkata mereka yang terselamat ialah seorang lelaki Liam Kelilit, 50, dan empat perempuan iaitu Bungan Nyaleng, 50; Agnes Liam, 33; Olivia Ploma Thomas, 8; dan Ayu, 4.

Kesemua yang masih hilang adalah perempuan iaitu Sumitasen Thomas, 15; Adriana Rosnah, 12; Sahirza Mahir, 31; dan Nur Amrisha, 4.

Melay berkata pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat diketuai Sub Inspektor Yusup Naraue dengan bantuan penduduk kampung.

Polis turut memohon bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu serta Jabatan Pertahanan Awam Bintulu.

Menurut sumber polis, mangsa sedang dalam perjalanan balik bercuti dari pekan Belaga ke Rumah Tanjung di Long Pawah semasa kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang.

Lokasi kejadian tersebut dilaporkan berlaku berdekatan lokasi sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari sini pada 28 Mei 2013.

Dalam insiden itu, bot ekspres ‘Kawan Mas’ yang dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit dan Sibu, terlanggar kayu balak di Giam Bungan, Sungai Rajang, kira-kira satu jam perjalanan dari pekan Belaga dan mengalami kerosakan enjin sebelum tenggelam pada jam 8.45 pagi. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan