Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,685

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5 rumah musnah kebakaran di Sembulan

7:34pm 04/11/2016 Pak Roshan 927 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

sembulan

KOTA KINABALU: Lima rumah di Kampung Sembulan Tengah dekat sini, musnah sama sekali dalam kebakaran, petang tadi.

Kejadian pada kira-kira jam 2 petang itu turut mengakibatkan tiga kenderaan milik penghuni perkampungan terbabit mengalami kerosakan akibat terkena api.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Affendi K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.10 petang sebelum menghantar 34 anggota bersama tiga jentera ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan lima rumah papan yang musnah sepenuhnya.

“Tindakan pantas bomba berjaya mengawal api daripada merebak seterusnya boleh mengakibatkan lebih banyak rumah terbakar,” katanya.

Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 2.25 petang dan punca kejadian serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan. – BH Online
kebakaran kebakaran bomba

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan