Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5 maut dalam kejadian perahu karam di Sungai Serusup-Panimbawan

10:06am 13/03/2016 Leolerry Lajius 960 views Tempatan
Perahu yang dinaiki mangsa.

Perahu yang dinaiki mangsa.

TUARAN: Lima orang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital manakala 23 orang yang lain dilaporkan selamat dan mendapatkan rawatan lanjut kerana terbabit dalam kejadian perahu karam di Sungai Serusup-Panimbawan Tuaran.

Mengikut maklumat dari pihak bomba jumlah terkini mangsa yang berada di Hospital Daerah Tuaran adalah seramai 28 orang dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan kerana jumlah keseluruhan mangsa masih belum dapat dipastikan.

Senarai mangsa yang meninggal adalah Salomah Binti Maid, Norkasih Binti Salim, Aziah Binti Maidin, Ainol Binti Hasnam dan Nurul Azda.

Laporan terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan