Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

5 mati dipijak gajah

GAMBAR fail, gajah mengamuk di Benggala Barat, Februari lalu.
GAMBAR fail, gajah mengamuk di Benggala Barat, Februari lalu.

New Delhi: Lima sekeluarga, termasuk bayi berusia sembilan hari mati dipijak seekor gajah yang naik minyak.

Kejadian berlaku di sebuah kampung terpencil di timur laut India.

Gajah itu bertindak memijak semua mangsa ketika mangsa sekeluarga tidur di pondok mereka di hutan Behali, kira-kira 256 kilometer dari Guwahati, ibu negeri Assam, awal kelmarin.

Pasangan suami isteri, bayi dan dua anak mereka mati dalam kejadian itu sementara seorang lagi terselamat dan dirawat di sebuah hospital kerana kecederaan ringan.

Pegawai perhutanan negeri, Rajiv Chaudhary berkata, gajah terbabit mungkin tersesat selepas tercicir dari kumpulannya, menyebabkan dia naik minyak dan menyerang rumah mangsa.

“Ia meninggalkan tempat kejadian itu sejurus selepas membunuh keluarga berkenaan,” katanya.

Pakar hidupan liar berkata, pertembungan antara manusia dan gajah semakin meningkat di pedalaman India kerana kemusnahan habitat haiwan itu.

Februari lalu, sekumpulan gajah mengamuk selama beberapa jam di Benggala Barat, negeri bersebelahan Assam, menyebabkan lima mati dan sejumlah kenderaan dan rumah rosak sebelum ia ditembak dengan ubat pelali. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan