Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,731

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5 lagi timbunan tulang terbakar ditemui

10:55am 25/04/2016 Pak Roshan 1931 views Global
PEERAPONG menunjukkan dawai dari tayar yang digunakan untuk membakar mayat di satu kawasan belukar di daerah Ban Phue.

PEERAPONG menunjukkan dawai dari tayar yang digunakan untuk membakar mayat di satu kawasan belukar di daerah Ban Phue.

Udon Thani: Pihak berkuasa Thailand semalam menemui beberapa lagi timbunan tulang terbakar di satu kawasan di mana sejumlah tulang manusia ditemui pada minggu lalu.

Tulang berkenaan ditemui di lima lagi lokasi selepas sepasukan anggota polis dan askar membuat pemeriksaan rapi di satu kawasan belukar di daerah Ban Phue.

Polis minggu lalu menemui timbunan 16 tulang manusia yang dipercayai dibakar di satu lokasi kira-kira 400 meter dari jalan raya.

Polis membuat carian terbaru di kawasan berkenaan semalam membabitkan 50 askar dan 50 anggota polis termasuk pegawai forensik.

Pasukan itu turut membawa alat pengesan logam untuk mengenal pasti peluru dan kelongsongnya.

Penemuan itu menjadikan jumlah timbunan tulang manusia yang ditemui kepada 21.

Semua tulang berkenaan dihantar ke Institut Perubatan Forensik di Hospital Polis di Bangkok untuk dianalisis.

“Keputusan analisis ini akan diketahui dalam tempoh dua minggu,” kata ketua polis Udon Thani, Peerapong Wongsaman.

Penduduk percaya semua mangsa dibawa ke lokasi itu untuk dibunuh dan mayat mereka dibakar dalam keadaan duduk di dalam tayar kenderaan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan