Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,807

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5 kru kapal tunda rakyat Malaysia hilang mungkin diculik

2:02pm 19/07/2016 Pak Roshan 4079 views Berita Pilihan,Lahad Datu,Mutakhir,Tempatan
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, mengadakan sidang media berhubung kes culik lima kru kapal tunda warga Malaysia di IPD Lahad Datu, sebentar tadi. - Foto Abdul Rahemang Taiming

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, mengadakan sidang media berhubung kes culik lima kru kapal tunda warga Malaysia di IPD Lahad Datu, sebentar tadi. – Foto Abdul Rahemang Taiming

tunda

PASUKAN keselamatan menemui sebuah bot tunda dan tongkang kosong tanpa operator di perairan Dent Heaven, Lahad Datu. – Foto NSTP

LAHAD DATU: Polis Sabah tidak menolak kemungkinan lima kru rakyat Malaysia yang hilang selepas kapal tunda dinaiki mereka ditemui terdampar di perairan Dent Heaven, Lahad Datu, semalam, menjadi mangsa culik.

Kapal itu ditemui terkandas di kawasan beting pasir oleh pasukan keselamatan jam 2 petang semalam dalam keadaan enjin hidup tanpa operator, manakala barangan di dalamnya berselerak menyebabkan usaha mengesan kru digerakkan serta-merta.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan dan sehingga kini belum dapat mengesahkan apa yang berlaku kepada semua lima kru berkenaan.

“Setakat ini belum ada sebarang panggilan meminta wang tebusan, selain semua mangsa tidak dapat dihubungi,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, di sini, sebentar tadi.

Lima kru kapal tunda yang hilang ialah Abd Rahim Summas, 62; Tayudin Anjut, 45; Mohd Ridzuan Ismail, 32; Zulkipli Ali, 56; dan Fandy Bakran, 26.

Laporan penemuan kapal tunda itu dibuat oleh pemiliknya selepas mendapat maklumat daripada kru kapal tunda lain bahawa kapal terbabit terkandas di perairan Dent Heaven tanpa seorang pun anak kapal.

Difahamkan, kapal tunda tanpa muatan itu dalam perjalanan balik dari Sandakan ke Semporna selepas menghantar pasir.

Pada 1 April lalu, empat warga Malaysia yang juga kru sebuah kapal tunda diculik sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Pulau Ligitan berhampiran Semporna.

Pada 9 Julai lalu, tiga lelaki pekerja bot ikan diculik lima lelaki bersenjata di perairan Sahabat 16, di Lahad Datu. – BH Online

13770456_10154244559615600_8761726138702744690_n

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan