Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

5 kali gagal bunuh isteri

gagal bunuh isteri

MOSCOW: Seorang peniaga Russia yang tidak mahu berkongsi kekayaan dengan isterinya, menanggung kerugian lebih besar selepas ditipu lima pembunuh upahan palsu sebelum ditangkap.

Sebuah mahkamah di Moscow mengesahkan, Konstantin Monastyrsky, 47, dihukum penjara lapan setengah tahun selepas didapati bersalah cuba membunuh isterinya.

Menurut akhbar Moskovsky Komsomolets, Monastyrsky mendakwa isterinya kaki botol, tetapi tidak mahu menceraikannya kerana akan menyebabkan dia terpaksa menyerah separuh hartanya.

Monastyrsky sebaliknya merancang membunuh isterinya dan menemui seorang lelaki yang mendakwa dirinya pembunuh upahan.

Dia membayar 200,000 ruble (RM17,500) kepada lelaki itu.

Bagaimanapun, apabila tidak ada apa-apa berlaku, Monastyrsky menemui lelaki berkenaan semula sebelum menyedari dia pemabuk dan sudah menghabiskan semua wang terbabit untuk membeli arak.

Dalam pengakuannya kepada polis, Monastyrsky berkata, ia cubaan kelimanya untuk membunuh isterinya dan menghabiskan antara 100,000 hingga 500,000 ruble untuk setiap cubaan.

Kisahnya berakhir dengan isterinya menguasai semua hartanya.

Komen


Berita Berkaitan