Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

5 jam duduk atas pokok

MALOUFF duduk di atas pokok selama beberapa jam sebelum akhirnya dipaksa turun.
MALOUFF duduk di atas pokok selama beberapa jam sebelum akhirnya dipaksa turun.

Colorado (Amerika Syarikat): Seorang suspek yang diburu kerana menyerang bekas kekasihnya cuba mengelak ditahan polis dengan memanjat pokok dan enggan turun selama beberapa jam.

Lane Malouff, 30, duduk di atas pokok di Colorado Springs itu selama lima jam pada lewat Ahad (waktu tempatan) sebelum akhirnya turun selepas polis menggunakan gas pemedih mata dan memancutkan air ke arahnya.

Polis berkata, Malouff disyaki menyerang wanita yang juga ibu tiga anaknya dengan cuba mencekik mangsa pada Jun lalu di bandar Alamosa.

Sepanjang tempoh Malouff di atas pokok, polis mengambil langkah keselamatan mengarahkan penduduk berhampiran mengosongkan rumah mereka kerana bimbang lelaki terbabit mempunyai senjata.

Bagaimanapun, penduduk di situ lebih menganggap kejadian itu sebagai sesuatu yang kelakar dan bukannya menakutkan. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan