Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5 individu termasuk wanita dicari polis

7:08pm 13/06/2014 Pak Roshan 260 views Tawau,Tempatan

samun

TAWAU: Lima individu termasuk dua wanita telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun wang RM835,603 milik sebuah ladang yang dilarikan bersebelahan sebuah bank pada Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supt. Keong Ho Eng berkata, kelima-lima yang ditahan berusia antara 31-37 tahun itu terdiri daripada dua kerani dan pemandu syarikat berkenaan ditahan di lokasi berasingan dan masa berasingan.

Menurutnya, dua lagi individiu kini sedang dikesan iaitu Shafarrudin Usdam, 36, yang beralamat terakhir di Taman New Asia, Jalan Air Panas dan seorang lagi dikenali sebagai Suhali@ Lili diminta tampil ke balai polis dengan segera.

“Pihak polis sangat-sangat memerlukan kedua-dua individu tersebut dan jika orang ramai mengenali di mana mereka berada minta menhubungi polis dengan segera,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kelmarin bagi menjelaskan perkembangan mengenai kes tersebut.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 11.10 pagi itu, wang berjumlah RM835,603 yang digunakan untuk menggaji pekerja sebuah syarikat ladang di Kunak itu telah dikeluarkan oleh kerani akaun bersama seorang pemandu syarikat.

Wang berkenaan dimasukan ke dalam beg dan diletak di tempat duduk belakang oleh pemandu yang kemudiannya menghidupkan enjin kereta, sebelum dua lelaki memakai topi baseball dan bersenjata tajam masuk ke dalam kereta.

Kedua-dua lelaki berkenaan mengarahkan pemandu ke arah SMK Tawau, manakala kerani akaun yang tidak sempat masuk ke dalam kereta telah masuk semula ke dalam bank dan memberitahu berlaku rompakan.

Selepas dua lelaki berkenaan mengambil beg berisi wang, pemandu telah diikat dan ditinggalkan di kawasan SMK Tawau bersama kereta sebelum mangsa bertindak melaporkan kejadian itu ke balai polis.

Sehubungan itu Keong meminta syarikat-syarikat yang berhasrat mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar agar menggunakan khidmat pengawal keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kes tersebut katanya disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan