Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

5 ditahan seludup wanita Thailand jadi hamba seks

TIGA daripada lima suspek yang ditunjukkan kepada wartawan pada sidang akhbar di Bangkok, semalam.
TIGA daripada lima suspek yang ditunjukkan kepada wartawan pada sidang akhbar di Bangkok, semalam.

Bangkok: Polis Thailand semalam menahan lima orang yang disyaki menyeludup wanita negara itu untuk dijadikan hamba seks di China.

Kelima-lima suspek itu juga dipercayai anggota sindiket yang terbabit dalam penyeludupan wanita ke Malaysia dan Singapura.

Penangkapan itu dibuat seminggu selepas Amerika Syarikat mengekalkan Thailand dalam senarai pusat penyeludupan manusia terburuk dunia.

Pihak berkuasa China dan Thailand bekerjsama dalam kes terbaru itu selepas seorang wanita berjaya melarikan diri dari pusat pelacuran di Chongqing di China, kata Ketua Polis Thai, Somyot Pumpanmuang.

Dalam keterangannya kepada polis di China, wanita itu berkata, dia dan tiga yang lain dipaksa menjual tubuh mereka.

Mereka dibawa ke China selepas menerima tawaran untuk bekerja sebagai pelayan restoran.

Menurut Somyot, pihaknya menangkap empat wanita dan seorang lelaki serta mengeluarkan waran tangkap ke atas empat suspek lain.

Pihak berkuasa China menahan pula dua warganya yang disyaki terbabit dalam sindiket itu.

Polis Thailand mengesyaki lebih 20 wanita diseludup sindiket berkenaan.

Bulan lalu, pihak berkuasa negara itu mendakwa 72 orang, termasuk 15 kakitangan kerajaan kerana disyaki terbabit dalam penyeludupan manusia selepas polis melancarkan siasatan besar-besaran terhadap jenayah berkenaan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan