Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5 Cara Mudah Mendapat Pujian Dari Suami

3:46pm 06/06/2016 Zakir Sayang Sabah 34 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Bagaimanakah caranya seorang isteri ingin mendapatkan pujian daripada suaminya yang matanya jenis “buta warna”. Kerana hanya pujian daripada orang yang disayangi sahaja yang boleh menambahkan hormon oxytocinnya (hormon keceriaannya).

Jika dia terima pujian daripada orang lain, hormon oxytocinya belum pasti keluar kerana fikirannya berputar-putar memikirkan apakah maksud pujian orang itu kepadanya jujur atau sebaliknya.

Tetapi kalau daripada orang yang dia sayang yang ada “chemistry” pasti melonjak oxytocinnya. Oleh itu…

1. Setiap kali anda beli pakaian atau asesori, tunjukkan kepada suami anda agar dia sedar perkara itu. Jangan harap suami anda tahu dengan sendiri melainkan anda sendiri beritahu kepadanya.

2. Jika inginkan pandangan dia mengenai pakaian baru anda itu, carilah waktu suami yang sesuai. Iaitu semasa dia selesai makan dan sedang bersantai merehatkan badan di sofa kesayangannya. Waktu dia tidak sibuk dengan tugasannya.

3. Hanya meminta pandangannya bukan meminta buat keputusan serius mengenai pakaian itu. Contoh,

“Abang, Yam nak minta pandangan abang je, bukan apa-apa, Yam baru beli baju ni, nak kongsi dengan Abang je”.

Jika percakapan anda menggambarkan dia perlu menyelesaikannya, dia terus stress. Dia sedar yang dirinya buta warna dan tidak pandai membuat keputusan.

4. Sila sediakan soalan objektif yang ada dua jawapan untuk dia pilih. Contoh,

“Abang, sesuai tak baju baru ni jika Yam pakai ke pejabat?.” “Diantara baju merah ini dengan baju biru, yang mana abang suka?”

Jangan gunakan soalan subjektif yang memerlukan jawapan terbuka. Ini menyebabkan dia terus stress. Contoh,

“Apa pandangan abang baju baru ini?”.

5. Beri kucupan di pipinya jika dia telah memenuhi kehendak emosi anda walaupun anda tahu yang dia buta warna dan mungkin dia sendiri tidak faham akan pujiannya tadi.

 

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Pak Utih)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan