Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5 buah rumah musnah dalam kebakaran

4:24pm 06/06/2016 Leolerry Lajius 523 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

kebakaran2

TAWAU: Sebanyak lima buah rumah musnah kerana terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Utara, Kampung Pisang,  tengah hari tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian yang memusnahkan  rumah dengan anggaran keluasan 40 kaki lebar dan 30 kaki panjang itu pada jam 10.59 pag dan tiba di lokasi kejadian sejauh 6 kilometer itu pada jam 11.30 pagi tadi.

Operasi yang diketuai oleh TPGB Martin Thomas bersama 18 anggota yang lain itu menggunakan 2 aliran 500’4 pancutan dan mendapat sumber air dari sungai berdekatan untuk memadam kebakaran.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

kebakaran

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan