Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,821

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5, 000 hadiri majlis Islam itu indah di Kunak

11:13pm 10/01/2016 Ann Vivien 904 views Isu Semasa,Tempatan
Masyarakat Islam yang membanjiri Padang Pekan Kunak malam tadi pada majlis Islam itu Indah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Kunak.

Masyarakat Islam yang membanjiri Padang Pekan Kunak malam tadi pada majlis Islam itu Indah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Kunak.

KUNAK: Sekitar 5, 000 masyarakat Islam di sekitar daerah ini hadir memeriahkan majlis Islam Itu Indah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah di Padang Pekan Kunak di sini malam tadi.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Nilwan Kabang berkata, kehadiran tersebut membuktikan penyatuan dan kesedaran umat Islam berkaitan program keagamaan semakin mendapat sambutan.

“Sebelum ini orang ramai hanya memberikan sambutan pada acara berkonsepkan hiburan, namun kini program keagamaan turut menerima sambutan luar biasa,” katanya.

Perkara itu, kata Nilwan jelas menunjukkan bahawa elemen baharu perlu sentiasa disuntik dalam menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan kepada masyarakat.

Majlis tersebut yang turut dihadiri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif, menyaksikan acara istimewa dilangsungkan seperti qasidah dan selawat serta ceramah agama yang disampaikan penceramah terkenal dari Indonesia, Ustaz Muhammad Nur Maulana.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan