Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

49 PTI ditahan dalam OP Cegah Jenayah IPD Kota Kinabalu

 

IMG-20160128-WA0007

KOTA KINABALU: Seramai 49 orang Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan seramai empat orang pesalah narkotik di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ditahan ketika OP Cegah Jenayah IPD Kota Kinabalu.

Operasi yang melibatkan 3 orang pegawai dan 76 anggota itu melibatkan tiga  lokasi iaitu kawasan penginapan premis perniagaan di kawasan Sinsuran, Bandaran Berjaya dan Segama Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, operasi tersebut memakan masa selama 6 jam dan kesemua tangkapan telah dibawa ke lokap berpusat Kota Kinabalu setelah didokumentasi dan dibuat ujian saringan air kencing di IPD Kota Kinabalu.

“Tumpuan lokasi operasi kali ini adalah kepada penempatan yang mempunyai sarang penagih dadah dan orang berpotensi terlibat dengan kegiatan jenayah,” katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan