Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,707

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

49 PATI Ditahan Dalam Operasi Rumah Penginapan Di Kota Kinabalu

4:31pm 01/02/2016 Pak Roshan 799 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Polis menahan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di tiga rumah penginapan di sekitar pusat bandar ini, Khamis lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kesemua yang ditahan itu hasil daripada pemeriksaan terhadap 103 individu dalam operasi

enam jam bermula 4 pagi di rumah penginapan Sinsuran, Bandaran Berjaya dan Segama di sini.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 19 dan 40 tahun. Semasa operasi, polis turut menahan empat individu yang didapati positif ujian air kencing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata semua tahanan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kota Kinabalu untuk didokumentasi dan saringan air kencing.

Beliau berkata tumpuan lokasi operasi ialah penempatan yang mempunyai sarang penagih dadah dan berpotensi terlibat dengan kegiatan jenayah.

Menurutnya, operasi yang berakhir pukul 10 pagi itu diketuai tiga pegawai bersama 76 anggota termasuk pelbagai agensi antaranya Jabatan Sukarelawan Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Jabatan Pendaftaran Negara.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan