Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,820

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

49 negara bincang isu Palestin

9:11am 07/03/2016 Pak Roshan 39 views Global
Presiden Indonesia, Joko Widodo (kiri) bersalaman dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada pertemuan mereka di Jakarta, semalam.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (kiri) bersalaman dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada pertemuan mereka di Jakarta, semalam.

Jakarta: Sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mengenai Palestin dan Baitulmaqdis bermula pagi semalam di Pusat Konvensyen Jakarta yang melihat penyertaan wakil 49 negara.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Negara Indonesia, lebih 500 delegasi dari 49 negara anggota OIC, empat dari kumpulan digelar Kuartet Asia Barat (Amerika Syarikat, Russia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – PBB – dan Kesatuan Eropah – EU), lima wakil Majlis Keselamatan PBB selain tiga negara pemerhati mengesahkan kehadiran di sidang kemuncak itu.

Perbincangan dalam kalangan pegawai kanan berlangsung semalam manakala mesyuarat peringkat tertinggi antara ketua kerajaan akan diadakan hari ini.

Persidangan itu diadakan atas permintaan Palestin selepas keganasan semakin meningkat di Israel dan wilayah dijajah frejim Zionis itu dalam tempoh beberapa bulan lalu berhubung sekatan ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis oleh Tel Aviv.

Dalam kenyataannya, Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi berkata: “Persidangan peringkat tinggi dijangka memacu forum antarabangsa bagi meletakkan isu Palestin dan Baitulmaqdis sebagai keutamaan kerana keadaan di situ membimbangkan.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan