Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

480 usahawan dan 37 atlet terima bantuan

TAWAU: Seramai 480 usahawan dan 37 atlet dari Daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu menerima Skim Usahawan Belia Sabah (YESS) dan Skim Kecemerlangan Sukan Dikalangan Belia Sabah (YESSS) daripada Kerajaan Negeri melalui Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS).

Pemberian Skim berkenaan yang menelan belanja berjumlah RM1.089 juta merupakan cetusan idea mantan Menteri Belia dan Sukan Sabah Allahyarham Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan bagi tujuan membantu belia meningkatkan daya saing mereka.

Naib Ketua Bahagian Umno P. 190 Tawau Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, bantuan berkenaan membuktikan keprihatinan dan kesungguhan kerajaan untuk membantu para belia dan menggilap atlet berpotensi agar mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

“Dengan adanya bantuan seumpama ini saya berharap agar ia dapat membantu para belia bagi meningkatkan daya saing mereka.”

“Saya juga menyeru dan mengajak keterlibatan aktif dan positif kumpulan pelaksana khasnya individu atau kumpulan belia dan atlet bersama semua masyarakat agar sehati sejiwa dalam terus menyokong Barisan Nasional demi kemajuan dan kemakmuran bersama, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Mini Festival Belia dan Majlis Penyerahan Dana Skim Usahawan Belia Sabah (YESS) dan Skim Kecemerlangan Sukan Dikalangan Belia Sabah (YESSS), di Dewan Arena Belia Tawau, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru semua penerima YESS dan YESSS agar memastikan bantuan berkenaan digunakan sebaiknya dan tidak disalahgunakan demi masa depan yang lebih baik./SayangSabah

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (tengah) mengambil gambar bersama barisan belia yang menerima bantuan YESS dan YESSS. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan