Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

48 pendatang tanpa izin ditahan

Antara warga asing yang dibawa ke Balai Karamunsing untuk proses dokumentasi. - foto IPD KK.
Antara warga asing yang dibawa ke Balai Karamunsing untuk proses dokumentasi. – foto IPD KK.

KOTA KINABALU – Seramai 145 warga asing diperiksa dalam operasi bersepadu yang dijalankan di dua lokasi penempatan setinggan di Kampung Cenderamata 2, Likas dan Kampung Kalansanan Lama, Inanam pada awal pagi Sabtu.

Daripada jumlah itu, seramai 48 warga asing termasuk 22 orang kanak-kanak ditahan kerana disyaki pendatang tanpa izin setelah gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri sah.

“Kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke Balai Polis Karamunsing untuk proses dokumentasi sebelum ditahan di Lokap Berpusat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” kata Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra di sini pada Sabtu.

Tiga pegawai polis dan 185 anggota dari pelbagai agensi penguatkuasaan terlibat dalam menjayakan operasi bersepadu itu bermula jam 4 hingga 9 pagi hari ini.

Dalam operasi itu, polis turut menahan 12 orang warga asing termasuk seorang wanita selepas ujian saringan air kencing yang dibuat ke atas kesemua suspek didapati positif dadah. Suspek kemudian direman untuk siasatan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Operasi bersepadu itu dijalankan berdasarkan aduan dan maklumat berkaitan kejadian jenayah sering berlaku di sekitar kawasan Inanam dan Kota Kinabalu,” katanya lagi.

oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan