Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

48 pelajar ASAN Tambunan terima sumbangan Sutera Harbour Resort

KOTA KINABALU : Seramai 48 pelajar Asrama Sekolah Agama Negeri (ASAN) Pekan Tambunan menerima sumbangan daripada Pengurusan Sutera Harbour Resort.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R. M. Jasni pada Majlis Iftar di sini, pada Jumaat.

Selain itu, Tun Juhar turut menyampaikan sumbangan khas daripda badan amal miliknya, Yayasan Nur Jauhar (YNJ) kepada Pengurusan ASAN yang diwakili Jasnin Udin.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Shuryani Shuaib, Menteri-menteri kabinet negeri, Pengerusi YNJ, Mejar Kehormat Al Hambra Tun Juhar, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan Pegawai Eksekutif Sutera Habour Resort, Gerard Tan.

Selepas majlis berbuka puasa, Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah menyertai para tetamu kenamaan menunaikan solat sunat terawih yang diimamkan Pegawai Agama Istana Negeri Sabah, Imran Anggun./Penerangan-

Tun Juhar (kanan) dan Mohd Shafie (tiga kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada para pelajar lelaki ASAN Pekan Tambunan.

Komen


Berita Berkaitan