Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PAWE diwujud untuk warga tua beriadah, kata Jainab

jainab

SANDAKAN: Bagi meningkatkan perkhidmatan terhadap warga emas, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am telah mewujudkan dua buah lagi Pusat Aktiviti Harian (PAWE), masing-masing sebuah di Sandakan dan Tawau dan sebuah akan dibina di Beaufort.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, memberitahu tujuan membina PAWE adalah sebagai pusat aktiviti harian bagi golongan warga tua yang masih cerdas dan bukan penghuni untuk beriadah sekali gus memberikan peluang bertemu dengan rakan-rakan mereka.

“Bagi kanak-kanak kurang upaya, sebanyak tiga Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya baru telah pun dibina di Beaufort, Kudat dan Lahad Datu.

“Manakala, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti pula sebanyak 26 pusat turut dibina di seluruh negeri ini untuk golongan istimewa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian sempena Majlis Lawatan Amal ke Institusi Kebajikan sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Seri Baginda Yang Di-Pertuan Agong peringkat Negeri Sabah 2014 di Rumah Wargatua Sri Harapan, Jalan Sibuga, dekat sini Selasa.

Teks ucapannya disampaikan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Puan Anita Baranting.

Tetamu kehormat pada majlis itu isteri Tuan Yang Terutama (TYT) di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Hajah Norlidah R.M Jasni dan turut dihadiri Yang Dipertua (YDP) Bakisa, Datuk Seri Hajah Faridah Tussin serta Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Etong Terang.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura, Datuk Au Kam Wah; Adun Karamunting, Charles O Pang; Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk Ir.James Wong; Ketua Umno Sandakan, Tan Sri Haji Ampong Puyon dan Setiausaha Agung Parti MCA Sabah, Dato’ Chew Kok Woh.

Dalam pada itu, Jainab berkata Rumah Wargatua Sri Harapan berkeluasan 10 hektar yang terletak di Batu 5 telah beroperasi sejak tahun 1970.

Menurut beliau, rumah ini terbahagi kepada empat blok kediaman penghuni kendiri yang menempatkan blok kediaman penghuni yang memerlukan penjagaan sepenuh masa termasuk blok kediaman kelamin untuk penghuni berkahwin.

Katanya, ia juga menempatkan blok pentadbiran; dewan serbaguna, dapur, bengkel dan kuarters kakitangan. “Terdapat tiga blok bangunan di rumah berkenaan yang telah digunakan oleh NGO seperti Persatuan Rumah Amal Cheshire; Pusat AGAPE dan Hospice Malaysia.

“Suka juga saya memaklumkan bahawa kediaman kelamin untuk penghuni yang berkahwin sudah dihuni oleh pengantin baru kita yang ada bersama-sama dalam majlis ini.

“Syarat-syarat kemasukan ke institusi rumah ini adalah warganegara Malaysia, tidak ada pendapatan untuk menampung kehidupan sendiri kerana tidak sanggup dari segi kemampuan fizikal dan kewangan.

“Tidak ada tempat tinggal, tidak ada anak atau ahli keluarga yang mampu atau sanggup menyumbang hidup kepadanya, tidak menghidap penyakit mental atau penyakit berjangkit dan boleh mengurus diri sendiri.

“Terdapat 25 kakitangan bertugas di institusi ini termasuk seorang Penguasa, manakala jumlah penghuni adalah seramai 47 orang di mana 32 orang adalah penghuni lelaki dan 15 orang lagi penghuni wanita,” jelas beliau.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan