Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

470 orang sertai Persidangan Kejururawatan Antarabangsa Kali Ke-2

2:12pm 06/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 42 views Kota Kinabalu,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun
RASMI... Kamarlin (tiga kiri) memotong riben sebagai simbolik perasmian Persidangan INC Kali ke-2, disini, hari ini dan turut disaksikan oleh Dr. D Kamarudin (dua dari kiri) dan Dr Zabidah (kiri)

RASMI… Kamarlin (tiga kiri) memotong riben sebagai simbolik perasmian Persidangan INC Kali ke-2, disini, hari ini dan turut disaksikan oleh Dr. D Kamarudin (dua dari kiri) dan Dr Zabidah (kiri)

KOTA KINABALU- Kira-kira 470 orang terdiri daripada jururawat, jururawat pendidik, pensyarah dan beberapa orang Speaker dari dalam dan luar negara telah menghadiri Persidangan Kejururawatan Antarabangsa (INC) Kali ke-2,dekat sini, hari ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata jururawat mempunyai bilangan tenaga kerja yang tinggi dalam sistem penjagaan kesihatan dalam memenuhi kehendak para pesakit mereka.
Katanya, para jururawat perlu berkerjasama dalam menambahbaik sistem penjagaan kesihatan sekaligus meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat setempat.
“Mereka (jururawat) diperlukan bagi memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat tanpa mengira masa dan tempat,”katanya.
Teks ucapan beliau dibaca oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi.
Selain itu, menurut Masidi, para jururawat perlu menghadapi pelbagai cabaran seperti memenuhi permintaan masyarakat yang inginkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik,peningkatan bilangan penuaan penduduk dan pelbagai jenis penyakit kronik dan berbahaya.
“Justeru itu, sistem penjagaan kesihatan yang baik terdiri daripada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti, tenaga kerja yang terlatih, sistem maklumat dan teknologi perubatan yang cekap serta tadbir urus dan pengurusan kewangan yang cemerlang amat diperlukan,”katanya.
Program selama dua hari bermula hari ini (6 Oktober) sehingga esok turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah, Prof Dr. D Kamarudin D Mudin, Pengerusi Penganjur INC, Sukhbeer Kaur A/P Darsin Singh, Ketua Jabatan Kejururawatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Zabidah Putit. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan