Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

47 penerima watikah perlantikan Mediator Komuniti

Gandesan (tiga dari kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta
Gandesan (tiga dari kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta

KOTA KINABALU- Seramai 47 mediator menerima watikah perlantikan Mediator Komuniti setelah berjaya menamatkan latihan peringkat zon Sabah dan Wilayah persekutuan Labuan pada tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia (JPNIN), L. Gandesan berkata, mediator mempunyai peranan penting dalam menjadi duta kecil pendamaian untuk meredakan pertelingkahan dalam kalangan pihak bertelagah secara langsung menjadi pendamai komuniti.

“Di Malaysia, Akta Mediasi 2012 telah diluluskan bagi menjamin kelancaran proses mediasi, akta ini juga telah memperincikan ciri-ciri mediasi yang diiktiraf,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pentauliahan Mediator Komuniti Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, di sini, hari ini.

Menurut beliau, seiring dengan perkembangan semasa dan peranan JPNIN yang semakin mencabar dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara, tiada kompromi diberikan dengan perkara yang boleh menyebabkan persengketaan.

“Saya yakin dengan pendekatan mediasi komuniti yang berteraskan kepada proses perundingan secara terpimpin, tertutup, informal dan sukarela ini mampu menyelesaikan pertelingkahan antara puak yang bertelagah,” ujarnya.

Beliau juga berharap agar mediator-mediator komuniti di bawah JPNIN akan sentiasa bersiap sedia dengan kemahiran dalam menyelesaikan masalah disamping membantu kerajaan dalam memastikan perpaduan dan keharmonian kaum sentiasa terjaga.- Oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan