Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,807

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

47 kali ambil peperiksaan

9:23am 05/03/2016 Pak Roshan 11 views Global
Yadav

Yadav

Jaipur (India): Seorang warga emas berusia 77 tahun dari Rajasthan bakal mengambil peperiksaan awam Kelas 10 untuk kali ke-47 dalam hidupnya.

Shiv Charan Yadav, dari kampung Khohari di Alwae, pertama kali mengambil peperiksaan itu pada 1968 – sebulan selepas kumpulan legenda The Beatles datang ke India untuk menghadiri kursus latihan Maharishi Mahesh Yogi’s Transcendental Meditation di Rishikesh.

Pada 10 Mac ini, Yadav berharap dapat mengatasi kegagalannya dalam peperiksaan itu 46 tahun lalu.

Malah, dia berazam tidak berkahwin sehingga berjaya memasuki matrikulasi, namun Lembaga Peperiksaan Rajasthan menyukarkan hasratnya itu.

“Setiap kali mengambil peperiksaan saya lulus mata pelajaran tertentu, tetapi gagal pula yang lain.

“Contohnya, jika mendapat markah baik dalam matematik dan sains, saya gagal pula bahasa Hindi dan Inggeris. Kali ini saya berharap dapat lulus semua mata pelajaran,” katanya.

Katanya, dia hampir lulus peperiksaan itu 21 tahun lalu pada 1995, malangnya gagal dalam matematik.

Tahun lalu dia berjaya lulus mata pelajaran sains sosial, tetapi tahun sebelumnya gagal semua subjek.

“Tahun ini saya mengambil kelas bersama beberapa guru sekolah,” katanya.

Yadav tinggal bersendirian di rumah pusaka ibunya sejak 30 tahun lalu.

Ibunya meninggal dunia ketika dia baru berusia dua bulan dan dia kehilangan ayah ketika berumur 10 tahun. Yadav dibesarkan bapa saudara dan ahli keluarga lain.

“Saya menerima pencen kerajaan dan bantuan daripada kuil berhampiran,” katanya.

Dia mengakui ada penduduk kampung mempersendakan usahanya, tetapi tidak kurang yang mengagumi kegigihannya dan sering memberi semangat serta hadiah berbentuk pen atau alat tulis untuk membantunya belajar.

Penduduk, Ramkesh Meena berkata: “Seronok melihat dia ke kuil bersama pelajar lain untuk mengambil peperiksaan. Kami berharap kali ini dia berjaya.”

Jika lulus, Yadav mempunyai tugas lain pula – mencari isteri.

“Tahun ini saya akan berkahwin. Saya pasti akan mendapt isteri,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan