Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beri Peluang Sama Rata Kepada Golongan Istimewa

oku

SANDAKAN: Golongan istimewa tidak seharusnya dipinggirkan daripada kehidupan masyarakat dan wajar diberi peluang sama rata khususnya dalam aspek pendidikan dan keperluan asas.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah mahu lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan tampil membantu pusat jagaan golongan istimewa.

“Peranan pertubuhan bukan kerajaan membantu golongan istimewa ini membolehkan tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan kepada kerajaan sahaja,” katanya pada majlis amal Persatuan Orang Pekak Sabah Cawangan Sandakan di sini Isnin.

Tan turut menghargai usaha persatuan berkenaan yang terus membantu golongan pekak di negeri ini terutama membantu kanak-kanak pekak dalam pembelajaran awal mereka sebelum mereka meneruskan pembelajaran di peringkat seterusnya.

Beliau berkata bagi ibu bapa mempunyai anak-anak istimewa jangan menganggapnya suatu beban dan masyarakat juga tidak wajar memandang serong terhadap golongan itu.

“Sebaliknya perlu bersama-sama membimbing anak istimewa ini berdikari dan berjaya dalam aktiviti yang disertai khususnya dalam pendidikan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan