Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

46 terbunuh di Kandahar

1:50pm 10/12/2015 Pak Roshan 468 views Global
TENTERA Afghanistan berkumpul berhampiran mayat sembilan militan Taliban yang ditembak mati dalam pertempuran di kompleks lapangan terbang di Kandahar, semalam.

TENTERA Afghanistan berkumpul berhampiran mayat sembilan militan Taliban yang ditembak mati dalam pertempuran di kompleks lapangan terbang di Kandahar, semalam.

Kandahar: Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh apabila sekumpulan anggota Taliban berpakaian tentera menyerang kompleks lapangan terbang di sini kelmarin dan menyebabkan pertempuran berlarutan sehingga petang semalam.

Kejadian berlaku ketika Presiden Asraf Ghani berusaha mendapatkan bantuan bagi menyambung semula rundingan damai di satu persidangan serantau.

Serangan terhadap kompleks lapangan terbang itu yang turut menempatkan pangkalan bersama tentera NATO-Afghanistan dilihat sebagai yang paling serius terhadap penempatan tentera terbesar di selatan Afghanistan itu sepanjang peperangan 14 tahun.

Saksi berkata, penyerang menawan beberapa keluarga sebagai tebusan, menggunakan mereka sebagai ‘perisai manusia’ selepas melancarkan serangan senja kelmarin.

Ia menyebabkan tentera terpaksa berhati-hati dalam operasi menumpaskan kumpulan itu.

“Pertempuran bermula jam 6 petang (Selasa) dan berlarutan sepanjang malam.

“Tentera menggesa penyerang membebaskan wanita dan kanak-kanak tetapi mereka enggan berbuat demikian. Kami boleh mendengar jeritan kanak-kanak itu,” kata Izatullah, pelajar universiti berusia 30 tahun yang tinggal di kompleks itu.

Selepas 20 jam kejadian bermula, kementerian pertahanan berkata, sembilan penyerang ditembak mati, seorang cedera dan seorang lagi masih bersembunyi di kompleks itu.

“Malangnya, 37 orang tidak berdosa juga terbunuh dan 35 lagi cedera,” menurut kenyataan kementerian berkenaan.

Ia tidak memberi pecahan mengenai mangsa yang terbunuh. Bagaimanapun, pegawai Barat yang diberi taklimat mengenai serangan itu berkata, sejumlah besarnya orang awam.

Taliban sebelum ini mendakwa menerusi telefon, kira-kira 80 tentera Afghanistan dan asing terbunuh dan 13 kereta perisai musnah.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan