Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

46 Syiah maut

6:30am 12/03/2017 Pak Roshan 11 views Global

DUA daripada bas yang membawa jemaah Syiah melawat makam terkenal di Damsyik menjadi sasaran serangan, semalam. – AFP

Damsyik: Dua serangan bom berkembar menyasarkan pengikut fahaman Syiah meragut 46 nyawa di Damsyik, kebanyakannya rakyat Iraq, antara serangan paling buruk di ibu negara Syria ini.

Serangan bom kerap berlaku di Damsyik tetapi kubu kuat rejim Presiden Bashar al-Assad itu terselamat daripada kemusnahan besar-besaran berbanding bandar lain sepanjang perang saudara yang berlaku sejak enam tahun lalu.

Kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria berkata, serangan bermula apabila bom yang dipasang di tepi jalan diletupkan ketika bas membawa jemaah Syiah melintasinya sebelum seorang penyerang berani mati meletupkan dirinya di kawasan Bab al-Saghir yang menempatkan beberapa makam Syiah yang menjadi tarikan pengikut fahaman itu dari seluruh dunia.

“Puluhan orang juga cedera, sebahagiannya parah,” kata ketua kumpulan itu, Rami Abdel Rahman.

Menteri dalam negeri Syria Mohammad Shaar berkata, serangan itu menyasarkan ‘jemaah pelbagai negara Arab’ dengan tujuan untuk membunuh.

Kementerian Luar Iraq pula berkata, kira-kira 40 warganya antara yang mati dan 120 lagi cedera.

Sehingga malam tadi belum ada pihak mengaku bertanggung jawab.

Tempat suci Syiah sering menjadi sasaran serangan kumpulan al-Qaeda dan Daish sepanjang perang saudara Syria sejak enam tahun lalu.

Januari lalu, lapan askar Syria antara 10 orang yang terbunuh apabila dua serangan dilakukan di Kafr Sousa, daerah yang dikawal ketat rejim Bashar.

Sekutu al-Qaeda, Fateh al-Sham mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan