Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

46 orang suspek judi loteri awam haram ditahan

2:28pm 24/06/2016 Leolerry Lajius 68 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU: Seramai 46 orang suspek (25 lelaki dan 21 perempuan) ditahan dalam OPS DADU Judi Loteri Awam Haram dan Wah Hui dalam operasi yang di jalankan bermula 15 Jun sehingga 22 Jun di sekitar Daerah Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, pihak polis juga turut merampas peralatan yang digunakan untuk tujuan judi serta  wang tunai bernilai  RM10,843.00 sepanjang operasi berkenaan.

“Masyarakat dinasihatkan agar mengelakkan diri serta tidak terlibat dengan sebarang kegiatan perjudian haram kerana pihak polis tidak akan bertolak ansur jika terlibat dengan aktiviti ini,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 dan boleh dipenjara tidak lebih 5 tahun.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000  dan boleh dipenjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Kesemua yang ditahan adalah berumur di antara 18 hingga 70 tahun.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan