Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

4,579 pelajar lafaz ikrar menjadi mahasiswa UMS

7:52pm 01/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 49 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Mahasiswa UMS semasa Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sesi 2016/2017

Mahasiswa UMS semasa Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baharu UMS Sesi 2016/2017

KOTA KINABALU- Seramai 4,579 orang pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) melafazkan ikrar sebagai mahasiswa UMS bagi Sesi 2016/2017, hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata para pelajar perlu menetapkan matlamat dan sasaran masing-masing iaitu menamatkan pegajian dalam masa yang ditetapkan.
“Jika kita mempunyai objektif dan hala tuju yang jelas, tidak mustahil segala yang diimpikan akan tercapai.
“Saudara-saudari sekalian adalah bakal pemimpin pada masa hadapan, maka siswa-siswi harus sentiasa terampil, bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam kegiatan universiti dan aktiviti kemasyarakatan,”katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sesi 2016/2017 di Dewan Canselor, UMS, disini.
Musa berkata para siswa dan siswi perlu menyediakan diri terutamanya dari segi mental kerana mereka akan menghadapi keadaan baru dan lebih mencabar.
“Para pelajar tidak boleh lagi mengamalkan budaya belajar seperti berada dalam bangku sekolah. Apabila berada di menara gading, semuanya harus disiapsiagakan dan sentiasa bergerak pantas,”katanya.
Selain itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata para siswa-siswi perlu memberi perhatian kepada empat perkara yang terkandung dalam ikrar pelajar UMS.
Antaranya, mematuhi peraturan institusi selama bergelar pelajar UMS, mencapai kecemerlangan akademik, menjadi warga yang berdisiplin dan mengutamakan kualiti dalam perlaksanaan aktiviti serta meningkatkan martabat dan pretij universiti itu.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada para pelajar agar menanamkan nilai-nilai murni seperti semangat cintakan ilmu, rajin berusaha, menjunjung nilai dan ajaran agama selain mempunyai semangat berdaya saing agar menjadi pelajar yang cemerlang. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan