Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

451 sertai berbasikal bebas dadah MTB Road 66KM

Musa mepelaskan pelumba basikal kategori Lelaki Terbuka di Taman Awan Teluk Likas.

KOTA KINABALU: Seramai 451 peserta dari Semenanjung, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Brunei menyertai Pertandingan Berbasikal Bebas Dadah MTB Road 66KM Peringkat Negeri Sabah.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman melepaskan peserta pada jam 6.20 pagi di Taman Awam Teluk Likas, di sini pada Ahad.

Empat kategori dipertandingkan melibatkan 38 peserta daripada kategori Junior Lelaki (13-17 tahun), Terbuka Lelaki (19-45 tahun) 288 peserta, Veteran Lelaki (46 tahun ke atas) 95 peserta dan Wanita Terbuka 30 peserta.

Setiap peserta memulakan kayuhan sejauh 66 kilomiter bermula dari Taman Awam Teluk Likas menuju ke Jalan Tun Fuad Stephen, Jalan UMS, Jalan Sepanggar/ Terowong Sepanggar, Jalan Politeknik, Jalan Sulaman sehingga Bulatan Kuda jalan Sulaman-Tuaran dan berpatah balik untuk menamatkan perlumbaan.

Johan setiap kategori menerima wang tunai RM1000, piala dan sijil penyertaan, naib johan RM800, piala dan sijil, ketiga RM600, piala dan sijil manakala semua peserta pertandingan berbasikal yang berjaya menamatkan perlumbaan turut menerima jersi edisi khas MTB Sabah, medal, sijil dan tiket cabutan bertuah.

Pertandingan yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Pada masa yang sama pihak penganjur turut mengadakan acara berbasikal ‘Sunday Family Ride’ yang disertai Ketua Menteri, senamrobik, pemeriksaan kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, pemeran dari pada agensi-agensi kerajaan, persembahan Buskers dan cabutan tiket bertuah kepada para pengunjung.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) merangkap Timbalan Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan , Tan Sri Lee Lam Thye, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Pengerusi Penganjur Pertandingan Berbasikal Bebas Dadah MTB Road 66km Sabah, Janet K.L. Chee serta Ketua Pengarah DBKK, Datuk Joannes Solidau./Penerangan-

Musa bersama-sama Joannes (kiri), Lee Lam Thye (dua kiri), Janet (tiga kiri) dan Jainab (dua kanan) merakamkan gambar bersama-sama peserta pertandingan sebelaum acara pelepasan.

Komen


Berita Berkaitan