Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

451 PTI diberkas dalam Ops Tanduk

3:01pm 27/05/2014 Pak Roshan 162 views Tempatan

pic-38

KOTA KINABALU: Seramai 451 pendatang tanpa izin (PTI) ditangkap dalam Operasi Tanduk Bersepadu di kawasan Kudat dan Kota Marudu yang dijalankan selama dua hari pada 23 dan 24 Mei lepas.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) Sabah dan Labuan (S/L) Datuk Suhaimi Mohd Salleh berkata, tangkapan terbabit melibatkan PTI berumur lingkungan 4 hingga 56 tahun.

Daripada jumlah tangkapan itu jelasnya, 181 orang ditahan dan dibawa ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Papar sebelum dihantar semula ke negara asal masing-masing.

“Di kawasan Kudat seramai 258 PTI ditangkap untuk pemeriksaan dan 104 daripadanya ditahan manakala di Kota Marudu, kita menangkap sejumlah 193 PTI untuk diperiksa dan 77 orang daripadanya ditahan.

“Kesemua yang ditahan didapati langsung tidak mempunyai apa-apa dokumen pengenalan diri,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Beliau berkata, operasi terbabit melibatkan seramai 77 pegawai dan anggota daripada PPKP, Jabatan Imigresen, polis, Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, keadaan cuaca yang tidak mengizinkan ekoran hujan lebat ketika operasi di Kota Marudu menyebabkan pihaknya tidak dapat sampai ke lokasi sasaran.

“Dalam Operasi Tanduk Bersepadu bermula Januari hingga 25 Mei tahun ini, seramai 3,611 PTI berjaya ditangkap melibatkan 2,577 warga Filipina, 713 pendatang Indonesia dan 321 lain-lain.

“Daripada jumlah itu, seramai 2,182 ditahan melibatkan 1,691 PTI Filipina, 406 warga Indonesia dan 85 lagi lain-lain,” jelasnya dan berkata setakat ini seramai 5,427 PTI masih ditahan di tiga buah PTS iaitu di Sibuga Sandakan, Papar dan Tawau.

Beliau berkata, operasi pengusiran selalunya dijalankan sebanyak empat hingga enam kali seminggu. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lokasi PTI di negeri ini diminta bekerjasama dengan pihak PPKP dan menghubungi talian 088-484100.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan