Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,798

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

450 Pelajar Miskin Di Sabah Terima Bantuan Persekolahan

8:43pm 18/01/2016 Pak Roshan 259 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KUDAT : Seramai 450 orang pelajar miskin di Sabah menerima bantuan persekolahan daripada Yayasan Ikhlas (YI), Ikatan Guru-Guru Melayu Muslim (I-Guru) dan Etiqa Takaful Berhad.

Daripada jumlah penerima tersebut, 200 pelajar adalah dari enam buah sekolah di Kudat, 121 pelajar (Sandakan), 37 (Kota Marudu), 38 (Lahad Datu) dan 54 pelajar dari Kota Kinabalu.

Yayasan itu dalam satu kenyataan berkata bantuan yang ditaja sepenuhnya oleh Etiqa Takaful Berhad itu bertujuan membantu dan memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan terutamanya anak yatim untuk meneruskan pembelajaran dengan baik.

“Ia juga sebagai galakan atau sokongan moral untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar,” katanya di sini hari ini.

Bantuan yang diberi kepada pelajar berumur 14 hingga 17 tahun itu berupa wang tunai, beg sekolah, pakaian sukan dan buku juzuk Amma yang bernilai RM150 seorang.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan