Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

45 tahun bersembunyi

SHITI Charoenrattanaprapa. FOTO Agensi
SHITI Charoenrattanaprapa. FOTO Agensi

Bangkok: Seorang lelaki yang kecacatannya menyebabkan dia memencilkan diri, akhirnya keluar dari persembunyiannya untuk memberi penghormatan kepada raja Bhumibol Adulyadej yang mati sebulan lalu.

Shiti Charoenrattanaprapa, 60, yang mengalami neurofibromatosis sejak berusia 15 tahun, tidak dipedulikan oleh orang sekitarnya, termasuk keluarga sendiri.

Penyakit yang dihidapnya menyebabkan seluruh muka dan tubuhnya ditumbuhi tumor seperti gelembung.

Shiti dilahirkan di Bangkok tetapi dipulaukan sehingga terpaksa melarikan diri hingga ke sempadan Myanmar yang ketika itu Burma.

Dia tinggal di hutan di sempadan berkenaan sehingga ditangkap dan diisytihar pendatang haram sebelum diusir semula ke Thailand. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan