Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,509

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

45 rumah musnah, seorang melecur

10:44am 14/03/2017 Leolerry Lajius 2358 views Kota Kinabalu,Tempatan

Rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KOTA KINABALU: Sebanyak 45 buah rumah setinggan musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Muhibbah , Kampung Likas, di sini, pagi tadi dan turut menyebabkan seorang mangsa melecur.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 8.00 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh sembilan kilometer itu pada jam 8.10 pagi.

Menurut pihak bomba, kesemua 45 buah rumah berkenaan berkeluasan 200 kaki panjang dan 100 kaki lebar dan pihak bomba juga telah berjaya menyelamatkan 30 buah rumah lain daripada terbabit dalam kejadian berkenaan.

Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan tiga aliran lima pancutan daripada jentera dan pili bomba berhampiran untuk memadam kebakaran.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 8.51 pagi. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan