Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,708

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

45 pendaki berjaya tawan Bukit Pancang Tinagat

8:20pm 24/01/2016 Ann Vivien 431 views Pelancongan,Tempatan
Para peserta ekspedisi menawan Bukit Pancang Tinagat merakamkan gambar kenangan di puncak bukit itu.

Para peserta ekspedisi menawan Bukit Pancang Tinagat merakamkan gambar kenangan di puncak bukit itu.

TAWAU: Seramai 45 pendaki berjaya dalam misi menawan puncak Bukit Pancang Tinagat setinggi 392 meter dari paras laut apabila kumpulan pertama berjaya tiba di puncaknya pada jam 11.30 pagi, Sabtu.

Pengerusi Persatuan Warisan Sejarah Tawau (Pewaris Tawau/Discover Tawau), Azlan Lauddin Martin dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan program terbabit walaupun terpaksa ditunda hampir tiga jam atas faktor teknikal.

“Pendakian hanya dapat dimulakan pada jam 10.45 pagi dan pendaki terawal berjaya tiba di puncak pada jam 11.30 pagi sebelum disusuli para pendaki lain,” katanya.

Menurutnya, kesemua pendaki menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dan begitu teruja sepanjang program, apatah lagi mereka berpeluang menyaksikan pelbagai hidupan flora dan fauna serta panorama indah dari puncak bukit.

“Pemandangannya sangat luar biasa dan kita dapat menyaksikan hampir keseluruhan pemandangan pesisir Bandar Tawau dan sekitarnya dengan jelas,” katanya.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan