Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

45 bekas pelajar SMK Merotai Besar bersua semula

 

Bekas pelajar SMK Merotai Besar yang menyertai majlis pertemuan semula itu.
Bekas pelajar SMK Merotai Besar yang menyertai majlis pertemuan semula itu.

TAWAU – Seramai 45 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merotai Besar (SMKMB) Tawau menghadiri Majlis Reunion Raya Gen 81 SMKMB 2015 yang diadakan di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Pengerusi penganjur, Pirdausi Saibu berkata, majlis tersebut berjaya mempertemukan bekas pelajar yang pernah menuntut di sekolah tersebut di antara tahun 1994 hingga 1998.

“Ini adalah pertemuan beramai-ramai yang pertama kalinya selepas 17 tahun meninggalkan sekolah. Majlis ini mendapat sambutan baik, dalam pada yang sama kita berusaha untuk mempertemukan semua bekas pelajar kerana ada antaranya tidak pernah bertemu sama sekali selepas tamat persekolahan,” katanya.

Pirdausi berkata, selain mereka yang menetap di Tawau, ada segelintir yang sudah berada di Kota Kinabalu dan sanggup hadir ke majlis itu semata-mata untuk bertemu dengan sahabat lama di sekolah dulu.

Jelasnya lagi, majlis ini akan diadakan dari masa ke semasa akan datang bagi mempertemukan lebih ramai pelajar untuk bersama-sama kerana ia pasti dapat menggamit kenangan masa lalu sambil menyambut Aidilfitri.

“Di masa akan datang bila majlis ini di adakan, kita berharap akan lebih ramai yang datang lebih-lebih lagi sahabat yang berada di luar daerah Tawau untuk menyertai majlis reunion ini,” katanya. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan