Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

449 Tadika Di Sabah Sertai Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-kanak

2:40pm 24/05/2016 Pak Roshan 57 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

bomba

KOTA KINABALU : Lebih 449 Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) di Sabah menyertai Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak (Kelab 3K) membabitkan lebih 14,470 keahlian di seluruh negeri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Nordin Pauzi berkata Kelab 3K itu merupakan antara program pendidikan dan kesedaran awam JBPM khusus untuk golongan kanak-kanak tadika dan prasekolah.

Katanya kelab itu diperkenal antara lain bertujuan memupuk pengetahuan dan kefahaman asas tentang keselamatan kebakaran kepada kanak-kanak terbabit yang bakal menempuh alam persekolahan.

“Usaha jabatan ini juga adalah untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak ke arah pembentukan budaya kewaspadaan dan keprihatinan terhadap bahaya kebakaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nordin berkata antara program pendidikan keselamatan kebakaran diterapkan menerusi Kelab 3K ini termasuk lawatan ke balai bomba, program fire drill bangunan sekolah serta aktiviti kesedaran keselamatan menerusi pertandingan melukis, mewarna dan permainan kebombaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Nordin berkata kes kebakaran melibatkan kematian kanak-kanak berumur bawah 12 tahun di Sabah pada 2015 ialah enam orang berbanding 10 kanak-kanak pada 2014.

“Usaha berterusan memberi pendidikan mengenai kepentingan keselamatan dan kesedaran bahaya kebakaran perlu terus dipergiat,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan