Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

44,558 calon UPSR di Sabah

upsr
44,558 calon UPSR di Sabah yang bermula hari ini

KOTA KINABALU: Seramai 44,558 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sabah bakal menduduki peperiksaan bermula 1 hingga 8 September ini.

Peperiksaan UPSR bagi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) akan bermula pada Khamis ini, manakala Sekolah Kebangsaan (SK) pada 5 September.

Pengarah Pendidikan Sabah, Maimunah Suhaibul, berkata bilangan pusat peperiksaan adalah sebanyak 1,086 manakala petugas peperiksaan dilantik adalah seramai 5,947 orang.

“Daripada 44,558 calon, seramai 38,986 adalah calon SK, manakala calon SJKC (5,543) dan swasta (342). Petugas peperiksaan yang dilantik pula membabitkan penyelia kawasan, ketua pengawas peperiksaan, timbalan ketua pengawas peperiksaan, pengawas peperiksaan dan pengemas bilik,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau menasihatkan semua calon membuat persiapan awal daripada pelbagai aspek termasuk menjaga kesihatan dan memastikan persediaan alat tulis mencukupi.

“Kita berharap UPSR tahun ini berjalan lancar dan tidak berlaku sebarang perkara yang boleh mengganggu kelancaran peperiksaan.

“Saya menasihatkan semua pihak sama ada pengurus, petugas peperiksaan termasuk calon supaya sentiasa mematuhi arahan ditetapkan sepanjang peperiksaan.

“Sekiranya calon menghadapi sebarang masalah, mereka hendaklah berhubung terus dengan pihak sekolah supaya dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya. BH Online

Komen


Berita Berkaitan