Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

445 projek diperuntukkan kepada Sabah

Ruji (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Tun Juhar.
Ruji (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Tun Juhar.

KOTA KINABALU- ​Sebanyak 445 projek pembangunan telah diperuntukkan Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Sabah.

Pegawai Kemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah, Ruji Ubi berkata projek-projek pembangunan berkenaan termasuk di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang berakhir pada tahun lepas.

Projek pembangunan tersebut merangkum pembinaan sekolah, masjid, jambatan dan kemudahan penduduk luar bandar.

Menyentuh mengenai pengubahsuaian Bajet 2016, beliau berpandangan ianya tidak akan menjejaskan peruntukan pembangunan Sabah.

“Pengubahsuaian Bajet 2016 tidak menyentuh langsung mengenai projek pembangunan dan akan diteruskan seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2016.

“Kita berharap melalui peruntukkan Rancangan Malaysia ke -11 (RMK11) akan ada beberapa sekolah lagi yang akan dibina dan akan memberi manfaat kepada rakyat di seluruh negeri.

“Pejabat kami akan bekerjasama dengan semua jabatan persekutuan bagi memastikan peruntukan yang diberi dapat dibelanjakan sebaik mungkin untuk faedah rakyat.

“Kami juga berjanji akan memantau khususnya projek-projek RMK11 bagi memastikan projek-projek yang diberi melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan sampai ke golongan sasar,” jelasnya.

Ruji berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri, pagi tadi.

Hadir sama Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni.-SayangSabah

Ruji dengan para pegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah merakamkan kenangan bersama Tun Juhar (tengah )
Ruji dengan para pegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah merakamkan kenangan bersama Tun Juhar (tengah )

Komen


Berita Berkaitan