Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

44 sumandak bakal merebut gelaran Ratu Unduk Ngadau 2016

7:49pm 27/05/2016 Leolerry Lajius 2869 views Tempatan
Barisan 'Sumandak' yang mewakili kawasan masing-masing bagi merebut gelaran Ratu Undung Ngadau.-Gambar Oleh Alex Mairin

Barisan ‘Sumandak’ yang mewakili kawasan masing-masing bagi merebut gelaran Ratu Undung Ngadau.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Seramai 44 orang ‘sumandak’ yang mewakili kawasan masing-masing dari seluruh Sabah bakal berentap bagi merebut gelaran Ratu Unduk Ngadau sempena perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah yang akan diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang selasa depan.

Menurut Pengerusi Induk Jawatankuasa Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Joanna Kitingan, penyertaan pada kali ini juga memperlihatkan satu pencapaian yang memberangsangkan untuk mengembalikan kegemilangan kebudayaan masyarakat kadazandusun melalui keutamaan kepada “Back to basic”.

“Saya lihat pada kali ini terdapat lebih kurang 10 orang peserta yang mengetengahkan pakaian tradisi yang baru dan pernah dipakai oleh nenek moyang kita suatu ketika dulu.”

“Senario ini memperlihatkan bahawa usaha kita untuk mengangkat martabat tradisi kita semakin di titikberatkan melalui kajian-kajian yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan untuk menonjolkan dan memperkenalkan pakaian tradisi kita,”katannya ketika ditemui media sempena pendaftran para peserta Unduk Ngadau di sini, hari ini.

Pertandingan bagi merebut gelaran juara pada tahun ini juga menyaksikan penyertaan buat kali pertama peserta yang mewakili Karambunai dan Libaran.

Majlis perasmian penutupan Pesta Kaamatan peringkat negeri dijangka akan di sempurnakan Yang di-Pertua negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bermula jam 9.00 pagi.
Acara kemuncak Unduk Ngadau akan diadakan bermula seawal jam 12 tengahari dan pemahkotaan Unduk Ngadau dijangka akan disempunakan isteri Yang di Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.
Kesemua peserta Unduk Ngadau akan dibawa mengikuti beberapa aktiviti yang telah disusun atur oleh pihak penganjur, antaranya lawatan ke Kampung Budaya Muzium Sabah, Taklimat Motivasi dan beberapa aktiviti lain.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan