Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

44 PENDATANG ASING DITAHAN DALAM OPS NYAH BERSEPADU

pti1

KOTA KINABALU, 8 : Polis menahan 44 pendatang tanpa izin warga Filipina dalam Ops Nyah Bersepadu di kawasan setinggan Kampung Lokub, Menggatal dan kawasan Bukit Bendera dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M Chandra berkata dalam operasi lapan jam bermula pukul 1 pagi itu sebanyak 67 orang diperiksa dan enam individu lelaki turut ditahan kerana positif dadah.

Operasi itu disertai lima pegawai dan 176 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata kesemua pendatang berkenaan dihantar ke lokap berpusat untuk tahanan.

Katanya Ops Nyah itu akan dilaksanakan setiap minggu bagi membanteras masalah pendatang tanpa izin selain membantu mengatasi masalah setinggan di kawasan bandar raya.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan