Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

44 orang pesara ATM terima sijil keusahawanan

4:31pm 22/12/2015 Dewiana Tinggolongon 22 views Perniagaan
Sazali (kanan) menyerahkan sijil keusahawanan kepada salah seorang penerima.

Sazali (kanan) menyerahkan sijil keusahawanan kepada salah seorang penerima.

KOTA KINABALU- Seramai 44 orang pesaraAngkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Sijil Kursus Usahawan Putu Bambu di sini hari ini (Selasa).

Pengarah Kanan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera Malaysia (PERHEBAT)  Negeri Sabah Sazali Puteh Mahadi berkata program keusahawanan berkenaan merupakan satu progran khusus untuk pesara ATM yang tidak berpencen bagi membantu mereka menyara kehidupan.

“Kita mencuba mengadakan program-program keusahawanan seperti ini iaitu menggalakkan peserta menghadiri kursus selama dua hari dengan berbekalkan modal yang minima bagi meningkatkan pendapatan bulanan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, perniagaan Putu Bambu dan Kambing itu adalah satu nilai tambah kepada perniagaan para ahli.

Katanya, peranan PERHEBAT adalah memberikan latihan peralihan dan program-program peralihan ini adalah menjadikan bakal-bakal pesara melalui proses menjadi orang awam.

“Dengan cara seperti ini ia boleh menangani masalah pesara berkanan yang bersara di peringkat muda mendapat pekerjaan kedua yang mereka laksanakan sebab mereka bersara dalam umur 41 dan 42 tahun.

“Kita mengharapkan dengan ilmu dan kemahiran yang ada itu mereka boleh mempunyai kesinambungan dalam kehidupan mereka,” katanya.

Tambah beliau program-program keusahawanan seumpama itu mampu menghalang para pesara terjebak dalam kegiatan jenayah.

“Kalau kerajaan tidak serius membantu mereka kita takut mereka akan terjebak dalam kegiatan IS dan ia menjadi penyakit di malah menjadi masalah sosial dalam negara ini.

“Dalam ucapan Menteri Pertahanan sendiri dalam ucapan beliau minggu lepas dalam Konvensyen ATM menyatakan bahawa ancaman IS adalah amat serius dan ia perlu ditangani dengan cara berhemah,” ujarnya lagi.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan