Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

44 maut, 239 cedera

9:02am 14/11/2015 Pak Roshan 6 views Global
SEKUMPULAN budak lelaki berdiri di lokasi kejadian letupan lewat Khamis lalu.

SEKUMPULAN budak lelaki berdiri di lokasi kejadian letupan lewat Khamis lalu.

Beirut: Perdana Menteri Lubnan semalam mengadakan mesyuarat tergempat dengan menteri dan ketua tentera negara itu susulan dua serangan pengebom berani mati yang mengakibatkan 44 maut dan sekurang-kurangnya 239 cedera, dipercayai dilakukan kumpulan Negara Islam (IS).

Letupan yang berlaku lewat kelmarin membabitkan kawasan kediaman dan pusat komersial di selatan Beirut yang juga kubu kuat Hizbullah yang berfahaman Syiah.

Serangan itu – yang pertama dalam tempoh lebih setahun – berlaku ketika Hizbullah mempertingkatkan pembabitannya dalam perang saudara di Syria, yang kini masuk tahun kelima.

Hizbullah menghantar askarnya ke Syria untuk menyokong Presiden Bashar al-Assad melawan penentangnya yang turut termasuk kumpulan pelampau seperti IS.

Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon menggesa perkhidmatan keselamatan dan istitusi kerajaan Lubnan supaya tidak membenarkan tindakan keji itu memusnahkan keamanan yang berjaya dicapai di negara itu sejak setahun yang lalu.

Rumah Putih juga berikrar membantu Lubnan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Musuh politik Hizbullah di Lubnan termasuk ahli politik Sunni Saad al-Hariri turut mengutuk serangan itu sebagai tindakan ‘pengecut yang tidak wajar langsung’ di laman Twitternya.- Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan