Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

43 tahun jadi lelaki

SISA mengenakan serban dan kasut hitam seperti lelaki lain lebih 40 tahun untuk menyara anak dan cucunya.
SISA mengenakan serban dan kasut hitam seperti lelaki lain lebih 40 tahun untuk menyara anak dan cucunya.

Kaherah: Selama 43 tahun, Sisa Abu Daooh gigih membanting tulang menyara keluarganya dan sepanjang tempoh itulah dia menyimpan suatu rahsia besar mengenai identiti sebenarnya.

Dia bukan seorang lelaki, sebaliknya sekadar seorang janda yang terpaksa bergelut mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan anak perempuan dan seorang cucunya.

Nasib Sisa, 64, bertukar sebaik saja suaminya meninggal dunia lebih empat dekad lalu.

Di sebalik kesukaran itu, segala titik peluh Sisa akhirnya dihargai apabila dia diumum sebagai pemenang Anugerah Ibu Mithali oleh kerajaan Luxor.

Media semalam melaporkan, Jabatan Perpaduan Sosial Luxor memberikan anugerah itu kepada Sisa kerana kegigihan wanita terbabit membesarkan anak perempuan dan cucunya.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan