Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

435 MANGSA KEBAKARAN KG BANGAU BANGAU TERIMA SUMBANGAN WANG EHSAN

 

Prihatin.....ketua isi rumah mangsa kebakaran menerima sumbangan wang ehsan daripada Ramlee.
Prihatin…..ketua isi rumah mangsa kebakaran menerima sumbangan wang ehsan daripada Ramlee.

SEMPORNAPembantu Menteri Kewangan, Datuk Ramlee Marhaban membawa berita gembira kepada 435 buah keluarga yang mengalami musibah kehilangan rumah akibat musnah dalam kebakaran  di Kampung Bangau Bangau Semporna di sini kelmarin.

Ramlee mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan telah menyampaikan sejumlah RM217,500 dalam bentuk bantuan wang ehsan daripada kerajaan negeri kepada mangsa-mangsa kebakaran di mana setiap keluarga menerima RM500.

Beliau yang juga Adun Bugaya berkata, kerajaan negeri prihatin terhadap kebajikan mangsa-mangsa kebakaran, oleh itu telah memutuskan untuk memberi bantuan kewangan iaitu wang ehsan kepada keluarga-keluarga mangsa kebakaran yang terjejas sebelum sambutan Hari Raya.

Jelasnya keprihatinan kerajaan tidak berbelah bahagi memberi bantuan kepada semua mangsa yang terlibat kebakaran tanpa mengira status kerakyatan mangsa atas dasar kemanusiaan

Beliau berkata demikian dalam Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Penyampaian Wang Ehsan kepada Ketua Isi Rumah Mangsa Kebakaran Kg. Bangau-Bangau  Semporna di Dewan Terbuka Kampung Seraya Semporna kelmarin.

Dalam majlis yang berasingan, Ramlee turut menyampaikan bantuan kepada fakir miskin 400 orang, anak-anak yatim (80 orang). Ketua Cawangan Dun N.54 Bugaya (85 orang), Ketua Anak Negeri/wakil Ketua Anak Negeri ( 25 orang ), Ketua Kampung (59 orang ), Pengerusi JKKK (61 orang), Imam-Imam Dun Bugaya ( 89 orang ).

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada masjid-masjid berupa Sejadah kepada Masjid Kg. Bakung-Bakung Hujung, Masjid Kg. Soang Barung, Masjid Kg. Siaban, Masjid Kg. Lihak- Lihak, Masjid Rasak, Kg. Tampi Kapor, Masjid Kg. Bakung Sijalang, Masjid Kg.Sungai Nasip, Masjid Kg. Gading-Gading, Masjid Kg. Tengol-Tengol, Masjid Kg. Tg Karamat dalam kawasan Dun Bugaya.

Turut hadir sama isteri Adun Bugaya Datin Sarimah Busuron, PPM N.54 Bugaya Abdul Suhud Hj. Jaani serta penerima sumbangan dan pemimpin masyarakat.-SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan