Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

431 ditahan

GAMBAR fail menunjukkan anggota keselamatan Saudi mencari bukti selepas serangan bom di luar Masjid Imam Hussein di Dammam pada 29 Mei lalu.
GAMBAR fail menunjukkan anggota keselamatan Saudi mencari bukti selepas serangan bom di luar Masjid Imam Hussein di Dammam pada 29 Mei lalu.

Riyadh: Arab Saudi menahan 431 orang dalam serbuan terhadap beberapa kumpulan yang dikaitkan dengan Negara Islam (IS), kata Kementerian Dalam Negerinya, semalam.

Pihak berkuasa juga berjaya menghalang tujuh serangan dirancang terhadap masjid oleh beberapa suspek di Riyadh dan Wilayah Timur kata jurucakapnya Major Jeneral Mansour Al Turki dalam sidang media disiarkan rangkaian berita Al Arabiya.

Katanya, antara yang ditahan termasuk warga tempatan dan suspek dari sembilan negara lain dengan setiap kumpulan dibahagikan mengikut tugas serta sasaran diberikan.

Menurutnya, satu kumpulan terdiri daripada lima anggota ditugaskan menyediakan pengebom berani mati manakala satu lagi dengan jumlah anggota sama ditugaslan membuat letupan berbentuk tali pinggang.

Daripada 431 yang ditahan, 190 merangkumi empat kumpulan disyaki bertanggungjawab mengebom masjid Al-Qadeeh dan Al-Unoud yang mengakibatkan puluhan jemaah maut, Mei lalu.

IS mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di pekan al-Qadeeh di timur Arab Saudi itu ketika solat Jumaat yang mengakibatkan 20 terbunuh.

Serangan itu menyasarkan pengikut fahaman Syiah dan bertujuan memecahbelahkan penduduk berlainan mazhab negara itu.

Lewat Mei, satu lagi serangan terhadap Masjid Syiah, Al-Anoud mengakibatkan empat terbunuh di ibu negeri wilayah timur, Dammam.

Selain itu, 97 lain disyaki terbabit dalam kejadian di pekan Syiah, al-Dalwa pada 2014 turut ditahan. Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan pada hujung sambutan Asyura, menyebabkan lapan terbunuh.

Sementara itu, kementerian berkata, bengkel senjata turut ditemui di kediaman seorang suspek yang ditahan, Ali Mohammed Al-Ateeq.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan