Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

43 Saman Dalam Op Samseng Jalanan Di Kota Kinabalu

11:28am 10/07/2016 Pak Roshan 659 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir

Ops-Samseng-Jalanan

KOTA KINABALU – Polis mengeluarkan 43 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, malam tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata operasi dari 11.30 malam hingga 4 pagi yang turut dijalankan di Jalan Lintas, Jalan Kepayan dan Jalan Bukit Bendera itu bertujuan membanteras kegiatan samseng jalanan di sekitar Kota Kinabalu.

“Kami turut menyita enam motosikal dan lima kereta kerana melakukan pelbagai kesalahan trafik,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Chandra, sepanjang operasi itu, 33 kenderaan diperiksa termasuk enam motosikal. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan