Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

43 mesin judi siber bernilai RM40,000 dirampas

gambar hiasan

BEAUFORT: Sebanyak 43 buah mesin judi siber dirampas dalam serbuan di sebuah premis tidak bernama di Kampung Darat Menumbok.

Ketua Polis Daerah DSP Azmir Abd Razak mengesahkan rampasan itu berkata demikian ketika menghubungi media pada Sabtu.

Beliau berkata seramai lapan orang termasuk tiga orang pekerja yang berumur 28 hingga 56 tahun yang sedang berjudi di talian di premis tersebut telah ditahan dan ditangkap.

“Anggaran mesin judi yang berupa komputer yang dirampas bernilai lebih RM40,000 tidak termasuk wang tunai RM907.00 yang dipercayai hasil perjudian yang dirampas dari pengusaha.

Pada Jumaat lalu kira-kira jam 5.00 petang sepasukan anggota Polis yang diketuai oleh Inspektor Muhamad Zulfekar Rosli bersama anggota dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah dari IPD Beaufort telah menyerbu sebuah premis yang tidak bernombor di Kampung Darat.

Azmir berkata dalam serbuan itu pihak Polis telah mendapati premis itu menjalankan aktiviti judi melalui talian dan pada masa yang sama terdapat 5 orang lelaki sedang asyik bermain judi dan tangkapan itu melibatkan 2 pekerja perempuan dan seorang lelaki.

Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953. – NewSabahTimes

Komen


Berita Berkaitan