Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

4,220 pelajar ditawarkan pengajian ke UMS

D. Kamarudin (kanan) berbual dengan pelajar baharu semasa sesi pendaftaran di Kolej Kediaman UMS. – Gambar SNT / ehsan UMS

KOTA KINABALU: Seramai 4,220 pelajar ditawarkan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi kemasukan baharu Sesi 2018/2019.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D. Kamarudin D. Mudin berkata, jumlah tersebut merangkumi 2,436 atau 58 peratus pelajar dari Sabah, Semenanjung dan Sarawak seramai 1,718 orang (40 peratus) dan seramai 66 orang (dua peratus) pelajar antarabangsa.

“Pelajar antarabangsa berasal dari sembilan buah negara, iaitu China (31 orang), Brunei (11 orang), Indonesia (lima orang), Thailand (11 orang), Korea Selatan (tiga orang), Bangladesh (dua orang) manakala Gabon, Jerman dan Jepun masing-masing seorang pelajar.

Pelajar baru membuat pendaftaran di kaunter E-Daftar ketika Program Pengambilan pelajar baru UMS di Kolej Kediaman UMS, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan Pembaca

“UMS turut menawarkan 200 tempat kepada pelajar kurang berkemampuan berdasarkan pendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) dan melepasi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan UPU,” katanya kepada pemberita selepas sesi beramah mesra dengan ibu bapa dan pelajar baharu yang mendaftar di Kolej Kediaman UMS, di sini hari ini.

D. Kamarudin (kanan) meluangkan masa bertanya khabar kepada seorang pelajar UMS ketika meninjau sesi pendaftaran di Kolej Kediaman universiti itu. – Gambar SNT / ehsan UMS

Kamarudin berkata, terdapat empat program baharu juga ditawarkan pada sesi kemasukan kali ini.

Program tersebut ialah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Minyak dan Gas dengan kepujian (27 pelajar), Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak (55 pelajar), Sarjana Kesihatan Awam (7 pelajar) dan Diploma Kejuruteraan Minyak dan Gas (18 pelajar).

“Pada tahun ini UMS turut menerima kemasukan seramai 21 pelajar orang kurang upaya (OKU),” tambahnya sambil memaklumkan para pelajar istimewa ditempatkan di tingkat bawah Kolej Kediaman Tun Fuad untuk memudahkan pergerakan selain disediakan kenderaan khas untuk menghadiri kuliah.

Kesemua pelajar baharu akan menjalani Minggu Suai Mesra (MSM) sehingga 6 September sebelum memulakan kuliah mengikut program masing-masing. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan