Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,821

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

422 Belia sertai Perkhemahan NBYC di Keningau

8:59pm 15/03/2016 Pak Roshan 170 views Berita Pilihan,Keningau,Mutakhir,Tempatan
Peserta NBYC 2016 bergambar kenang-kenangan

Peserta NBYC 2016 bergambar kenang-kenangan

Keningau – Seramai 422 Belia daripada pelbagai daerah berjaya menyertai aktiviti perkhemahan “North Borneo Youth Camp (NBYC)” bertempat di Taman Rekreasi Bandukan Bingkor yang berlangsung selama 4 hari daripada 12 hingga 15 Mac 2016.

Perkhemahan yang dianjurkan oleh Kelab Belia Keningau turut mendapat kerjasama dariapada pelbagai NGO dan agensi kerajaan seperti North Borneo Events Menagement, TeanUP Dynamic Events Management, Brothers Printing, Pemuda KDCA Keningau, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis, Penerangan Keningau, Pemadam Keningau dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah.

Pengerusi Penganjur, Rafie Robert yang juga merupakan pengerusi Kelab Belia Keningau mengatakan bahawa tujuan penganjuran aktiviti perkhemahan ini dibuat untuk mengumpul para belia di seluruh sabah disamping mengisi masa mereka dengan pelbagai aktiviti bermanfaat dengan bimbingan para fasilitator berpengalaman sempena cuti sekolah pada ketika ini.

“Kami menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para belia seperti aktiviti lasak, malam kebudayaan etnik Sabah, aktiviti berkumpulan, dan sesi ceramah daripada pelbagai agensi dan NGO” katanya.

“Pada mulanya kami menjangkakan jumlah peserta seramai 200 orang sahaja seperti tahun sebelumnya, namun tidak sangka penyertaan dari kalangan belia meningkat dua kali ganda pada tahun ini” tambahnya lagi.

Perkhemahan ini juga julung kali disertai oleh 8 orang Ahli Parlimen Belia Malaysia iaitu 7 orang daripada Semenanjung Malaysia dan seorang daripada Sabah.

Acara perasmian dan penutupan NBYC 2016 telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Keningau, Haji Yusop Haji Osman merangkap penasihat Kelab Belia Keningau pada 2 Petang tadi.

Ahli Parlimen Belia Malaysia bersama Fasilitator NBYC 2016

Ahli Parlimen Belia Malaysia bersama Fasilitator NBYC 2016

 

Antara Aktiviti lasak yang dilaksanakan kepada para peserta

Antara Aktiviti lasak yang dilaksanakan kepada para peserta

 

Aktiviti Berkumpulan Peserta NBYC 2016

Aktiviti Berkumpulan Peserta NBYC 2016

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan