Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

42 pelajar SMK Sikuati menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik

12:52pm 23/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 808 views Pendidikan,Tempatan
Verdon (dua kiri) menerima cenderahati daripada sekolah berkenaan yang disampaikan oleh Ismail (tengah).

Verdon (dua kiri) menerima cenderahati daripada sekolah berkenaan yang disampaikan oleh Ismail (tengah).

KUDAT- Seramai 42 orang pelajar cemerlang dalam STPM 2016, SPM dan PT3 2015 SMK Sikuati menerima menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik sempena Hari Anugerah Gemilang SEMEKSI kali ke-24.

Daripada jumlah tersebut, seramai 12 orang mendapat keputusan cemerlang dalam PT3, lapan orang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 22 orang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM).

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengasas Yayasan Verdon Bahanda, Datuk Verdon Bahanda di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan pada khamis yang lalu.

Sementara itu, Verdon berkata majlis berkenaan merupakan satu tanda penghargaan pihak sekolah ke atas kejayaan yang dikecapi oleh para pelajar.

Selain itu, katanya pendidikan yang seimbang dalam aspek akademik dan kokurikulum amat penting bagi melahirkan pelajar yang berkualiti.

Beliau turut menyeru pelajar agar tidak mensia-siakan peluang yang diberikan dalam menuntut ilmu dan perlu memajukan diri masing- masing.

Di samping itu, beliau turut memberi sumbangan sejumlah RM15,000 kepada pihak sekolah dan PIBG untuk kepentingan pembangunan sekolah berkenaan.-SayangSabah

Verdon (dua kanan) menyerahkan sijil anugerah ibu bapa kepada penerima, sambil disaksikan oleh Ismail.

Verdon (dua kanan) menyerahkan sijil anugerah ibu bapa kepada penerima, sambil disaksikan oleh Ismail.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan